Posted by: adielflitzow | October 18, 2009

::Wedding Story: Bro Akhiruddin & Melor::

Assalamualaikum,

Wah..sudah 2 minggu berturut2 aku bertandang ke rumah orang kahwen. Walaupun jemputan atas jemputan (hak3…eden blasah je) yang penting boleh ambik gambar kegembiraan orang lain sambil menambah kenalan, dan melihat ragamnya manusia, serta mencari2 idea..(? apekah? heheh…). Pengantin kali ni, Senior perancang bandar (bukan senior aku la…tapi memandangkan aku dah masuk family perancang (konon2)…kira senior la eak…), namanya Akhiruddin bersama pasangannya Melor, comel2…..heheh…rase nak cubit2 pipi. Tempat majlis bagi pihak lelaki ni buat kat Temerloh. Macam2lah tempat name pelik2 dan kedengaran tak sesuai didengar dijumpai sepanjang perjalanan…

IMG_8783

Kami ber3 bertolak dari JB sekitar jam 730 pagi memandu pacuan beroda-roda milik YED iaitu sebuah kenari. Maka sangat malanglah aku tak dapat turut nak jadi driver memandangkan kaki aku yang sangat comel dan nak adjust cermin pandang belakang yang tak kesampaian. Maka dengan segala hormatnya jadilah aku tukang suap air, kerepek, asam dan kadangkala tokeh pusat urut (tak sesuai..). 4 jam perjalanan(5 jam ade kot…)

IMG_8787

Ni le SUPIR-SUPIR anggun rombongan ke  Temerloh. Seperti biasa, aku melantik diri sendiri sebagai photographer penghancur gambar kawen. Kami sampai tengahari, dalam kul 12 tghari rasanya (entahlah jam aku rosak). Sampai je, pengantin tengah melampiaskan nafsu maksud aku makan dengan selambanya, terutamanya bro Din ni. hehe…comel2.. Jadi sementara tu sempatla kami melilau2 mencari2 kawan2 lain (macamlah aku kenal….buat2 kenal..heheh) yang turut hadir menghabiskan lauk majlis kahwen..maklumlah dapat sirap percuma.

IMG_8803

Ni la Bro Din, sebelah tu Bro David, yang rambut sunsilk tu cameraman majlis ni (heheh)

IMG_8840

Haaa…comel kan?cute giler…

IMG_8844

Ni aku pun tak tahu tetibe ade SMS contest plak..menyempat saje mereka ini….macam salin resepi

IMG_8817

Ok…ni gambar yang sempat aku ambil disebabkan tersepit kat belakang pengantin…uhuk3…terlebih2 berkat.

Selamat Pengantin Baru kepada Bro Akhiruddin dan Melor, Moga sentiasa dikurniakan kesabaran dalam menempuhi bahtera perkahwinan. Kesempurnaan hanya tercipta dengan tersatunya kalian berdua…ameennn

p/s: uhhh…maafla…gambar aku takde….ramai kengkawan komplain nak tengok gambar aku dalam blog…hehehe….maaf ye… aku tak suker bergambar…lalala tunggula…


Responses

  1. nk upah jd cmaeraman sy leh?

  2. t-mutiara: uiii…tak layak lagi….kalau nak no contact org yang layak bleh ja…


Leave a response

Your response:

Categories