Salam kasih sayang buat penjenguk setia blog ini.
Salam dari kesyukuran seorang hamba yang diberi nikmat Islam dan iman. Salam sejahtera dari regukan harum Firdausi.
Assalamualaikum.
Maka terjadilah perkara yang paling aku tak ingini, apabila bergelar seorang manusia yang tidak ada niat lain selain untuk menjadi sebaik2 umat serta berfaedah pada makhluk lain. Semalam aku terasa macam….aku tak tahu macamana nak describe perasaan tu. Lebih kurang jam 5ptg aku bagi tahu kawan aku yang sama2 buat kerja di lab, aku nak ke Taman U, nak mintak quotation laptop.Maka aku pun pergi naik moto tumpang kawan. Lebih kurang 1/2 jam lepas tu kawan aku sms.Sebelum tu dia call, tapi disebabkan aku ada atas moto, maka tak dapatlah jawab call tu.
“ADIL, BALIK CEPAT! EMERGENCY. PAK GUARD MINTAK SURAT KEBENARAN GUNA LAB. CEPAT TAU, KITORANG DAH MUAK KENE CERAMAH NI”
“OK. TUNGGU ADIL. NANTI ADIL TUNJUK KAD STAFF KAT DIA”
“OK. TAPI DIA NAK TENGOK SURAT KEBENARAN GUNA LAB JUGAK. KITORANG BERDIRI DEPAN LAB NI”
Aku minta kawan aku berpatah balik menuju lab. Dalam hati aku menyumpah. Kenapala, nak susahkan orang oetang2 macam ni. Bila aku sampai, aku nampak 3 orang kawan aku beserta pak gud yang langsung tak senyum depan lab. Nampak muker pak gud tu aku dah panas. Sudahlah memanjat bangunan sampai tingkat 3.Nasib baik aku tak tinggal kunci lab kat dalam. Sebab masa tu lab memang dah dikunci. Kiranya kawan aku 3 orang tadi dah dihalau.
“YA PAKCIK ADA MASALAH?”
“SAYA NAK TENGOK SURAT KEBENARAN PENGGUNAAN MAKMAL NI” kata Pak gud tu dengan nada agak kasar.
“SAYA STAFF KAT SINI. SETAHU SAYA TAK PERLU BERSURAT2 KALAU NAK GUNA LAB”
“KUNCI AWAK DAPAT DARI MANA”
“PEMBANTU MAKMAL BAGI PADA SAYA. LAGIPUN DAH SEMINGGU SAYA GUNA LEPAS WAKTU PEJABAT. TAK ADA APA2 MASALAH PUN”. kata aku cuba bertenang.
“TUNJUK KAD MATRIK AWAK”. Cara yang memang tak ada budi bahasa. Macam aku ni pencuri. Ku pun bagi kad staff aku. Dia tengok.
“AWAK TAHU TAK, YANG BUDAK 3 ORANG NI KENE BUAT SURAT KEBENARAN GUNA LAB SELEPAS WAKTU PEJABAT DAN HANTAR KE BALAI PENGAWAL?” nada masih kasar.
“PERLU KE SAMPAI PERLU HANTAR KE BALAI PENGAWAL? SETAHU SAYA TAK PERLU SEBAB ADA STAFF DAN DIORANG NI SEMUA TANGGUNGJAWAB SAYA”. aku berhujah. memang aku tak pernah dengar perlu sampai hantar surat ke balai pengawal.
Start dari tu dia membebel pasal barang curi. Statistik hilang barang kat UTM. Pasal UTM Syurga pencuri. Memang melalut panjang. Aku memang dah memang panas orang membebel macam tu. Bagi jela jalan penyelesaian. Apa patut aku buat. Kalau aku diamkan memang dia melalut sampai ke maghrib. Lalu aku mencelah.
“SO SEKARANG NI NAK MACAM MANA?NAK SAYA BUAT APA?” aku mula bernada tinggi sambil memandang tepat ke matanya. Sebab sepanjang pak gud tu melalut memang gaya macam marah budak2.
“BUAT SURAT”. Dia jugak bernada tinggi.
“OK. LEPAS NI SAYA BUAT SURAT LA. KIRA SELESAILAH MASALAH NI KAN? CUMA MASALAH SURAT. BETUL?”.aku balas dengan nada tinggi semula. Dia tak puas hati masih lagi nak melalut sebut bende2 yang macamlah aku tak tahu nak fikir. Kawan aku yang terasa keadaan macam tegang dia mencelah.
“OKLA ENCIK KAMI MINTAK MAAF LAIN KALI KAMI TAK BUAT LAGI. LAIN KALI KAMI BUAT SURAT KALAU NAK GUNA” ,kata kawan aku dengan nada lembut dan agak bergetar suaranya. Pada aku tak perlu mintak maaf dengan orang macam tu. Dua kali kawn aku bersuara dan memohon maaf isi kata2nya. Tapi macm takde kesan pulak.
Kemudian dia melalut lagi. aku dah mals nak layan. mula2 dia nak report bertulis ke balai pengawal pasl kawan aku yang 3 orang tadi, tapi aku negotiate tak perlulah. aku pun tak tahu prosedur. lagi pun ni baru kesalahan pertama. lastly ats budi bicara dia. kitorang lepas. tapi lepas tu dia jumpa aku personal.
“TERPULANG PADA AWAK NAK IKUT CAKAP SAYA ATAU TIDAK. TAPI LEPAS NI KALU SAYA TERSEREMPAK AWAK BUAT MACAM NI LAGI, SAYA TERUS BUAT REPORT BERTULIS”. kata pak gud tu sambil jari telunjuk terarah kat muka aku.
“OK” aku jawab acuh tak acuh. apsal? kalau orang boleh kurang ajar dengan aku, aku tak boleh? Dia pesan dua kali. Pada aku lebih pada amaran berbaur ugutan. dan dengan selamba aku jawab OK.Lepas tu aku blah.
BUDI BAHASA BUDAYA KITA. Perkara ni takkan jadi tegang kalau pak gud tu cakap elok2.Terangkan baik2. Bukannya aku budak sekolah rendah, tak tahu berfikir mana yang baik mana yang buruk. Pada satu hal aku puji keprihatinan dia. Tapi dari aspek cara…aku rasa dia tak sekolah. Tak blaja budi bahasa. Ini universiti, bukan sekolah budak2 jahat.Fikirla sikit… student datang nak buat kerja urgent, minggu depan nak submit, takkan aku nak halang? aku cuba jadi orang yang beri manfaat pada orang lain. Bantu adik2. Salah ke?
Astaghfirullah…masih ada sisa marah lagi. Ku harap cepat hilang. Tapi semalam memang puas hati dapat bertekak dengan orang. taklah rasa terbuku sangat.lega sikit. hahaha. itulah dia kisah di ambush pak guard.
Cukuplah sekadarnya. Lepas ni aku nak buat surat ” KEBENARAN MENGGUNAKAN TANDAS SELEPAS WAKTU PEJABAT”, hantar pada balai pengawal. Yela, mana tau tombol tandas hilang nanti taklah aku yang kene bertanggungjawab, sebab dah ada surat gamaknya….
Wallahualam…



susah gak kalau orang yang tak reti berbudi bahasa camtu. mungkin niat dia baik sebab takut terjadi apa-apa kes kecurian tapi sepatutnya dia tak bercakap dengan nada kasar camtu. lagipun kan orang dah minta maaf? buat apa nak ungkit lagi? kan? hmm.. sabar je la.
By: ixora on April 13, 2008
at 4:34 pm
IXORA : YE..sabar….sabar…itu kan lebih baik…haha. tapi semalam tak berapa nak sabar…keh..keh…
By: adielflitzow on April 13, 2008
at 5:07 pm