Posted by: adielflitzow | March 11, 2009

::GIS CONFERENCE IN 2009::

GIS CONFERENCE IN 2009, for more details please click here—-> GIS Conference

GIS CONFERENCE.GIS CONFERENCE.GIS CONFERENCE.GIS CONFERENCE.GIS CONFERENCE.GIS CONFERENCE.GIS CONFERENCE.GIS CONFERENCE.GIS CONFERENCE.GIS CONFERENCE.GIS CONFERENCE.GIS CONFERENCE.GIS CONFERENCE.GIS CONFERENCE.GIS CONFERENCEGIS CONFERENCEGIS CONFERENCE.GIS CONFERENCE.

Posted by: adielflitzow | July 11, 2009

“Rasa macam pernah nampak…”

Assalamualaikum
Jumaat yang lalu, teringin kerongkong ini dengan nasi lemak dan juga ABC.Maka beraraklah aku bersama Cik Miah menuju ke JADE, Tmn U.Hujan agak renyai-renyai namun tak patahkan semangat ‘makan’ kami.Diredah jua. Memilih suatu sudut yang tidak tempias dek hujan.Selesai makan, KOSMO kami belek sekadarnya. Tak lama selepasnya, datangla 2 orang penjual buku. Salah seorangnya menuju ke meja kami. Beria-ia kami menolak.

“Kak tengok buku kak, ada CD lagu sekali. Ha..tengok macam lagu ni… Ba..ba..black sheep have u any wool…Yes sir,yes sir three bag full…” mamat tu mula menyanyi. Oh seperti biasa, depan2 aku tergelak. Macam nak tergelak besar, namun ku tahan jua jebaaatttt….

“Kita ada lagu lain juga kak…” dia mula nak nyanyi lagu seterusnya. Lalu kami pun beria2 cakap “Takpe..takpe..terima kasih” Maka pergila dia menuju ke meja yang lain pula.

Di sudut hati ku ini yang tak habis gelak lagi,sangat kagum dengan orang2 yang kerjanya sebegini. Bukan mudah menebalkan muka semata-mata untuk meraih rezeki yang halal. Mungkin itulah pekerjaan pilihan terakhir yang ada. Salah satu pekerjaan yang menguji kesabaran.

Maka dapat aku bayangkan perasaan mereka bila mendengar perkataan “Takpe..takpe..terima kasih je ye” atau mungkin maki hamun yang memanaskan hati
~maka beruntunglah pada mereka yang kerjanya duduk dalam aircond sambil ‘goyang kaki’ padahal begitu banyak tanggungjawab yang mesti diselesaikan~

Posted by: adielflitzow | July 8, 2009

::Jangan Tinggal Semua Kalau Tak Buat Semua::

Assalamualaikum

Renungan untuk seorang lelaki bergelar SUAMI? Kisah Rasulullah…

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’ ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? ‘

6) Pernah baginda bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’
‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’

‘Ya Rasulullah.. . mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’ Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’

~mungkin ade yg terdetik ,”itu rasul..aku ni org biasa je..”  oh…geramnya aku dengan statement bangang macam tu.jgnlah nak bandingkan manusia dengan rasul..memang tiada bandingnya. Takkan ada sesiapa yang boleh dibandingkan dengan rasul. Sebab tu ada sunnah nabi, minta diperhati, diperhalusi dan diikuti. Masing2 ada kelemahan, tapi kenapa tak perbaiki ikut cara nabi? Mengharapkan layanan bak raja oleh isteri sebab kuasa talak di tangan seorang lelaki? Lu pikir la sendiri layakkah bergelar suami sedangkan tergagap-gagap menggeletar menjadi imam, walau hanya di depan isteri?~renung2kan…

Posted by: adielflitzow | July 3, 2009

::Senyuman Ragaku::

Assalamualaikum/Selamat Malaysia!!

Kata abang, arwah abah suka pasang lagu ni dekat 20 tahun dulu. Masa tu masih menyewa kat rantau panjang,klang. Tiap2 hari ahad abah akan gosok vespa merah sambil pasang lagu Mus Mulyadi ni kuat-kuat. Mungkin lagu ni untuk mak..heheh..

Pertama kali aku dengar lagu ni terasa berada di zaman dulu-dulu yang aku tak pasti. Beria2 abang cerita betapa nostalgianya lagu ni buat abang dan bersungguh2 dia copykan lagu ni kat laptop aku (a.k.a laptop bos). Abang cakap, kalau senang nanti nak pasang lagu ni untuk emak.Saje nak tengok respon katanya.

Rubiah oh Rubiah
Kau sungguh cantik rupawan
Tak jemu-jemu mata memandang
Siang dan malam jadi terbayang

Rubiah oh Rubiah
Senyummu yang sangat mesra
Bikin hatiku jadi tergoda
Senantiasa tak dapatku lupa

Dapat kubayangkan sudah
Bahagianya hatiku seandainya kau Rubiah
ingin menjadi istriku

Rubiah oh Rubiah
Janganlah kau bimbang ragu
Seluruh isi dalam hatiku
Kucurahkan hanyalah untukmu

Nostalgia tetap jadi ingatan walau berapa lama ia pergi. Tetap datang walau tidak diundang, bersama irama lagu dalam hati serta bauan suasana waktu nostalgia. Korang faham ke ape aku cakap/tulis ni? Bukan puitis,tapi fakta..sebab aku tengah buat paper sekarang, bukan mengarang puisi..huk..huk…

~belari2 mengejar SKS (sasaran kerja semesteran)~

Posted by: adielflitzow | June 30, 2009

::Update Diri::

Assalamualaikum

Uiii..lamanya tak menulis.

Minggu yang lepas Alhamdulillah rezeki lagi Allah nak bagi. Maka dapatlah biasiswa yang aku idam2kan selama ni. Tapi kene tunggu 6 bulan lagi sebelum semuanya jatuh ketangan aku. Kesempatan Sultan Johor yang juga turut bercuti hari Isnin, kugasak sehabisnya bertidur-tiduran di rumah…hehehe… perasaan indah bila tidur di rumah. Kepala kosong dan ringan.

Banyak perubahan di rumah, walaupun biasa pada mata orang lain. Terasa bangga dengan adik kecilku Ayun yang sudah selesai Diploma Perniagaan dan berkira2 menyambung perniagaan kecil2an keluarga. Oh Ayun…dah besar gajah kau rupanya. Seronok borak2 dengan Ayun, walaupun kebanyakan waktu Ayun sudah lari topik dan membuatkan aku pening seketika. Tapi kua anggap sebagai fakta sokongan tambahan. Dan bila borak2 keluarlah ide yang Ayun cakap FFFFUUUUUUYYYYYYOOOOO!!!!!. Biasalah, cadangan menu jualan kegemaran aku kat Johor ni iaitu :

****ABC siram coklat

*******Karipap panas

dan menu tradisi keluarga aku…PECAL.

pERGH…. Kalau bukak stall kecik mesti masyuk….

~Cepatlah masuk biasiswa….~

Older Posts »

Categories